Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertanya mengenai perkembangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:
Kabinet bersetuju tubuh RCI Tommy Thomas pada 11 Januari 2023. Apa cerita? Dengan komen terbaru PMX mengenai “pendakwaan beracun” sepatutnya Tommy Thomas disiasat.
Saya mendesak RCI Tommy Thomas sejak 2021 lagi. Banyak benda boleh dikaitkan jika ada salah laku. Buku memoirnya, pelantikan hakim, Batu Puteh dan “pendakwaan beracun”.
Dua tahun terlalu lama. Ia nampak tidak kecekapan. Tetapi apakah ada halangan pihak tertentu untuk tubuh RCI Tommy Thomas? Apakah “delay justice” mahu dikompromikan? Harap BERSIH, C4 dan Bar Council jangan bersikap selektif dalam isu “justice”.
0 Ulasan