Anwar pernah ingatkan kerajaan PH jangan balas dendam terhadap Najib

 

Gambar: FB Anwar Ibrahim

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid dianggap sebagai seorang yang 'mudah lupa' apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdiam diri ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) memulakan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim berkata, pada minggu pertama kemenangan PH selepas PRU14, Anwar telah mengingatkan untuk tidak membalas dendam terhadap Najib.

Menurut beliau, Anwar juga mengingatkan kerajaan ketika itu untuk turuti proses keadilan dan jalur hukum. 

"Ini kenyataan dan teguran  yang dibuat secara terbuka. 

"Ia bukan hal yang baharu, Anwar kekal konsisten memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan institusi kehakiman," katanya melalui X semalam. 

Terdahulu, Rafique mempersoalkan mengapa  Anwar tidak membangkitkan tentang isu "pendakwaan tergesa-gesa" pada 2018.

Persoalan itu dbangkitkan susulan kenyataan Anwar semalam yang mengatakan beberapa kes berprofil tinggi ketika itu "cacat" akibat pendakwaan yang “tergesa-gesa dan bermotifkan politik dendam”.

Kamil mengingatkan lagi bahawa Anwar pernah berkata: "Marah kita, benci kita jangan menyebabkan kita tinggal landasan hukum. Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan negara hukum, bukan hukum rimba".


BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan