Mahkamah tidak boleh ganggu kuasa titah pengampunan Agong

 



Mengikut kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Malaysia sebelum ini, mahkamah tidak boleh mengganggu kuasa titah pengampunan banduan oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong.

📌Tiada keperluan untuk Mahkamah masuk campur mengesahkan sama ada proses titah ini sah atau tidak kerana ia merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan.

📌 Sebagai ahli biasa UMNO, menyalahkan mana-mana pihak sama ada pihak Peguam Negara, bekas peguam negara, Menteri-Menteri atau Perdana Menteri sekali pun bagi saya ia adalah satu tindakan buang masa.

📌 Seperti yang dititahkan oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Adendum, keluarkan Datuk Seri Najib Razak dari penjara Kajang dan letakkan beliau segera di bawah tahanan rumah.

📌 Saya berharap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dapat menyegerakan perbicaraan kes Semakan Kehakiman Najib ini secepat yang mungkin.


Adzly Ab Manas

Aktivis Hak Asasi Manusia

Peguambela Peguamcara

*Juga Kapasiti sebagai – Ahli UMNO

Cawangan Rumah Pangsa Fasa 2,

UMNO Bahagian Sungai Buloh.


BACA LAGI






Check out Aglio olio herbs (45gm) for RM10.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/5VFrGqXAnB?share_channel_code=1 


Catat Ulasan

0 Ulasan