Pemberian tol percuma yang dilaksanakan pada musim perayaan sejak sekian lama akan dihentikan mulai tahun ini.
Media melaporkan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu.
Katanya, kerajaan akan menggantikan insentif itu dengan pendekatan lebih bersasar namun beliau tidak memperincikannya dengan lebih lanjut.
"Akan kita umumkan dalam masa terdekat, tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.
"Ikut keputusan itu tiada tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, akan dibincangkan.
"Kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pembukaan Seksyen 2, WCE dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE, hari ini.
Check out Aglio olio herbs (45gm) for RM10.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/5VFrGqXAnB?share_channel_code=1 |
0 Ulasan