Berikut adalah hantaran Facebook penganalisis politik, Datuk Eric See-To hari ini:
Selepas keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan pagi tadi, Lim Kit Siang, DAP, PH serta semua yang pernah cuba kaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Kevin Morais wajar tampil memohon maaf secara terbuka.
Ini bukan keputusan satu mahkamah semata-mata - tiga peringkat kehakiman, dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan hinggalah Mahkamah Persekutuan, semuanya telah memutuskan bahawa mereka yang dituduh, termasuk dalang utama, memang bersalah.
Dan sepanjang perbicaraan, nama Najib langsung tidak pernah disebut sebagai terlibat, apatah lagi bersalah?
Hari ini, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dalang utama (mastermind), manakala dua lagi pesalah masing-masing dipenjara 35 dan 40 tahun.
Tamat. Tiada lagi ruang untuk spekulasi liar.
Walaupun SPRM dan polis berkali-kali menegaskan bahawa Kevin Morais tidak pernah terlibat dalam siasatan kes SRC atau 1MDB — kerana mendiang telah lama dipindahkan sebelum siasatan bermula - ada juga golongan yang tetap cipta fitnah dan ulang propaganda jahat untuk memburukkan Najib.
Sampai ke hari ini pun masih ada segelintir rakyat yang terus termakan propaganda mereka, hingga sanggup ulang kaitan Najib dengan cerita tong simen.
Jadi hari ini, jika ada sedikit maruah dan tanggungjawab moral, mohonlah maaf secara terbuka.
Sebelum Najib ambil langkah seterusnya - menggunakan keputusan mahkamah ini sebagai asas untuk tindakan saman.
0 Ulasan