Tak wajar parti Kerajaan Perpaduan ambil ahli parti lain - UMNO

 


UMNO merasakan tiada kewajaran untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli di kalangan parti-parti dalam gabungannya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia adalah untuk mengelakkan tercetusnya prasangka dan ketidakharmonian dalam Kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang diedarkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Kuala Lumpur malam tadi.

Baru-baru ini, polemik tercetus dalam Kerajaan Perpaduan apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO dan memohon untuk menganggotai PKR.

Tindakan itu menerima kecaman hebat daripada akar umbi UMNO.

Sementara itu, MKT pada mesyuarat berkenaan menetapkan:

* Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2025 telah dipersetujui untuk ditunda kepada 26 hingga 29 November 2025, mengambil kira persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.

* UMNO merakamkan ucapan setinggi-tingginya penghargaan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan UMNO Perak kerana membantu segala pengurusan dan mengendalikan sumbangan kepada mangsa-mangsa tragedi kemalangan bas di Gerik yang turut meragut nyawa 15 pelajar UPSI.

* UMNO akan melaksanakan kajian separuh penggal keberkesanan dan prestasi Kerajaan Perpaduan termasuklah pencapaian kepimpinan UMNO dalam anggota pentadbiran, agensi-agensi milik dan berkaitan kerajaan.

* MKT boleh mempertimbangkan sebarang rayuan yang dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin parti selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 20.12.

BACA LAGI  



Catat Ulasan

0 Ulasan