Kontrak Shabery sebagai Pengerusi Felda tamat hari ini

 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan penamatan kontrak Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA berkuat kuasa 30 Jun 2025. 

Katanya, tugas rasmi terakhir beliau adalah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi FELDA pada pukul 2.30 petang tadi.

Menurut FELDA, sepanjang dua tahun menerajui lembaga itu, Ahmad Shabery telah memainkan peranan besar dalam memperkukuh semula ekosistem antara FELDA dan anak-anak Syarikat terutamanya dalam mempercepatkan penyahsenaraian FGV Holdings Berhad, sekali gus mengembalikan keyakinan rakan strategik serta mempertingkatkan imej dan prestij FELDA. 

"Pendekatan beliau diterjemahkan melalui gagasan 'Segalanya FELDA' yang kini menjadi teras penyatuan organisasi dan komuniti.

"Pengurusan dan seluruh warga FELDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa, bakti dan kepimpinan Datuk Seri sepanjang memegang amanah sebagai Pengerusi FELDA," katanya dalam kenyataan media hari ini.

BACA LAGI  



Catat Ulasan

0 Ulasan