ART: PAS pertimbang tindakan undang-undang, gerakan rakyat

 


PAS mempertimbangkan tindakan undang-undang dan gerakan rakyat ekoran Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia-Amerika Syarikat (ART) yang mendapat tentangan meluas daripada pelbagai pihak termasuk cendekiawan, ahli akademik dan pakar undang-undang.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti itu tidak menolak kemungkinan untuk mengambil beberapa langkah bagi memastikan tindakan yang dilihat boleh menggadaikan kedaulatan negara melalui perjanjian berkenaan dapat dihentikan.

“PAS sedang meneliti dan mempertimbangkan beberapa langkah, antaranya memfailkan semakan kehakiman, mengadakan forum menghimpunkan tenaga profesional dan ahli akademik bagi membongkar implikasi perjanjian tersebut, serta menggerakkan Himpunan Mega ‘Turun Anwar 2.0’ sebagai suara rakyat mempertahankan kedaulatan negara,” katanya dalam  kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kekal peka dan bersama mempertahankan maruah serta kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan ekonomi baharu yang terselindung di sebalik nama perdagangan dan pendigitalan.

“PAS berpendirian bahawa penyelesaian terbaik terhadap kemelut ini ialah dengan kembali kepada penyelesaian Islam yang menekankan keadilan, kesejahteraan dan kedaulatan negara,” katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan