Azam Baki fail saman fitnah terhadap Bloomberg

 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memfailkan saman fitnah terhadap Bloomberg L.P. dan Bloomberg (Malaysia) Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2026.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Zain Megat & Murad berhubung penerbitan sebuah artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap Azam.

Menurut kenyataan firma guaman itu, tindakan berkenaan bertujuan menuntut ganti rugi sewajarnya selain perintah injunksi kekal terhadap pihak terbabit.

“Anak guam kami menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan beliau mengambil langkah undang-undang ini bagi membersihkan nama serta mempertahankan reputasinya,” kata kenyataan itu.

Kes tersebut kini berada di mahkamah dan semua pihak diminta menghormati proses perundangan yang sedang berjalan.

Baru-baru ini, Bloomberg dalam laporannya mendakwa, Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Namun, Azam dalam sidang media menegaskan pegangan saham bernilai RM800,000 itu dibuat secara telus dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan