Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan berhubung menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh yang baharu, Tarique Rahman bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh dalam Pilihan Raya Parlimen ke-13 baru-baru ini.
Beliau turut menzahirkan penghormatan kepada rakyat Bangladesh atas kematangan mereka mempertahankan proses demokrasi yang berlangsung secara aman dan teratur.
"Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam hantaran Facebook pada 20 Februari 2026.
Anwar juga mengambil kesempatan menjemput Tarique untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada masa yang sesuai.
"Semoga hubungan persahabatan Malaysia dan Bangladesh terus diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara," katanya.

0 Ulasan