Berikut adalah kenyataan media bersama yang dikeluarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan sekumpulan NGO serta individu pada 16 Mac 2026:
Kami, kumpulan masyarakat sivil serta individu yang bertandatangan, mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Madani yang melaksanakan siasatan terhadap beberapa aktivis, ahli akademik dan pengkaji politik di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas alasan “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen”.
Kami berpandangan bahawa tindakan ini adalah jelas suatu bentuk intimidasi dan percubaan yang serius untuk membungkam suara rakyat daripada mengkritik kerajaan secara sah dan berfakta.
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, pihak PDRM telah memanggil The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), BERSIH serta beberapa orang ahli akademik, pengkaji dan penganalisis politik seperti Prof. Madya Dr Syaza Shukri (UIA), Dr Mazlan Ali (UTM) dan Aziff Azuddin (Iman Research).
Menurut satu kenyataan daripada polis, seramai 14 orang telah disoal siasat. Kami mendapat maklumat bahawa lebih ramai lagi akan dipanggil oleh pihak PDRM dalam masa terdekat, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa satu operasi yang lebih luas sedang dijalankan untuk menyiasat dan memprofilkan suara-suara kritikal dalam masyarakat sivil dan komuniti akademik.
Pihak PDRM telah menanyakan pelbagai soalan dalam siasatan mereka untuk menghubungkan individu/organisasi yang dinamakan dalam emel yang sedang disiasat oleh mereka.
Sejumlah 80 soalan yang ditanyakan adalah berkenaan kritikan yang pernah ditujukan kepada kerajaan, sumber maklumat, sumber pendanaan, penubuhan kumpulan tertentu untuk mengkritik kerajaan, kesan kritikan kepada persepsi rakyat, bila pertama kali terdengar cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan pelbagai lagi soalan yang cuba mengaitkan para aktivis dan ahli akademik kononnya terdapat usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan secara tidak sah.
Selain daripada itu, pihak PDRM dalam kenyataan pada 13 Mac juga mereka sedang mengesan saksi-saksi penting dan mendakwa saksi-saksi ini sedang bergerak ke luar negara.
Adakah pihak PDRM ingin memberikan gambaran atau mewujudkan persepsi seolah-olah saksi-saksi ini mahu melarikan diri dan mengelakkan diri daripada disoal siasat kerana melakukan kesalahan?
Perkembangan ini amat membimbangkan terhadap kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan, termasuk institusi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak ada mekanisme semak dan imbang yang kukuh.
Corak soal siasat seperti ini memberi gambaran bahawa kritikan terhadap kerajaan sedang cuba diputarbelitkan sebagai ancaman terhadap negara.
Ini adalah satu pendekatan yang amat berbahaya dan langsung tidak selari dengan prinsip sebuah demokrasi yang matang.
Apa yang kami khuatiri adalah komentar, analisis dan kritikan yang berasaskan maklumat yang sedia ada, bernas dan memberi cadangan penambahbaikan dianggap sebagai aktiviti yang boleh menjatuhkan kerajaan dan menjejaskan demokrasi berparlimen.
Walhal, kebanyakan kritikan yang ditujukan kepada kerajaan terutamanya SPRM dalam konteks pencegahan rasuah di Malaysia adalah supaya institusi-institusi demokrasi dan penguatkuasaan di negara kita diperkasakan dengan lebih baik melalui semak dan imbang yang berkesan, bermakna dan mencegah mana-mana satu individu daripada memegang kuasa yang terlalu besar.
Sehubungan itu, kami ingin menyatakan dengan keras tuntutan kami kepada Kerajaan Madani:
1. Hentikan intimidasi melalui penggunaan wewenang Seksyen 124B Kanun Keseksaan untuk menyiasat aktivis dan rakyat yang memberi bersuara dan hanya menekan kebebasan bersuara/berekspresi serta kebebasan akademik. Kritikan-kritikan yang sah dan bernas tidak wajar dianggap sebagai satu aktiviti untuk menjejaskan demokrasi berparlimen. Malah sebaliknya, kritikan dan pandangan yang diberikan adalah untuk mengukuhkan demokrasi berparlimen di Malaysia. Perkara ini juga merupakan asas dan teras kepada demokrasi di mana Perlembagaan Persekutuan melindungi kebebasan rakyat untuk bersuara melalui Perkara 10.
2. Memastikan adanya ketelusan yang jelas serta pendedahan penuh mengenai niat, tujuan dan skop siasatan ini. Kekaburan atau kegagalan memberikan penjelasan yang memadai hanya akan memburukkan lagi defisit kepercayaan terhadap institusi awam. Dalam keadaan ini, proses siasatan juga berisiko ditafsirkan sebagai satu bentuk perangkap (entrapment) terhadap rakyat yang bersuara, sekali gus menimbulkan persoalan serius tentang keadilan prosedur dan integriti institusi yang terlibat.
3. Kerajaan Madani tidak mempergunakan PDRM dan pihak-pihak penguatkuasaan yang lain sebagai senjata terhadap mana-mana pihak jika tidak selesa dengan kritikan atau pandangan yang dibangkitkan oleh mereka. Institusi penguatkuasaan mesti kekal bebas, profesional dan tidak dipolitikkan, serta berfungsi berasaskan undang-undang dan kepentingan rakyat, bukannya digunakan untuk menekan suara yang kritikal.
Penggunaan undang-undang keselamatan negara seperti Seksyen 124B terhadap aktivis masyarakat sivil dan ahli akademik hanya akan mengukuhkan persepsi bahawa kerajaan sedang kembali kepada amalan lama — menggunakan instrumen penguatkuasaan negara untuk membungkam suara pengkritik.
Kami ingin mempersoal adakah Kerajaan Madani, terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terlupa bahawa beliau suatu ketika dulu adalah pengkritik kerajaan paling lantang, malah pernah pun dituduh sebagai ejen CIA, ejen Zionis dan pelbagai lagi gelaran bagi memberi persepsi bahawa beliau dan pakatannya dipengaruhi anasir luar yang bertujuan menggugat keharmonian negara?
Namun mengapa kini Kerajaan Madani menggunakan naratif dan taktik yang serupa bagi membungkam kritik-kritik masyarakat sivil, ahli-ahli akademik dan penganalisis politik? Tidakkah ini satu hipokrasi terbesar?
Kami menggesa Kerajaan Madani agar tidak mempergunakan PDRM dan pihak-pihak penguatkuasaan yang lain sebagai senjata terhadap mana-mana pihak jika tidak selesa dengan kritikan yang dibangkitkan oleh mereka.
Kini adalah zaman di mana kita perlu mengorak langkah ke depan dengan mereformasikan institusi-institusi penguatkuasaan bagi melindungi rakyat, bukan membenamkan belati kepada rakyat yang mengkritik dan bersuara demi penambahbaikan institusi dan demokrasi.
Hidup rakyat! Merdeka!
Dikeluarkan oleh:
1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
2. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
3. Center for Independent Journalism (CIJ)
4. CSO Platform for Reform
5. Justice for Sisters
6. Lawyers for Liberty (LFL)
7. Pusat KOMAS
8. Rasuah Busters
9. SIS Forum (Malaysia)
10. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Disokong oleh (Kumpulan masyarakat sivil - CSO)
1. All Women's Action Society (AWAM)
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Beyond Borders Malaysia
4. Borneo Komrad
5. Cahaya Society
6. Citizens International
7. Family Frontiers
8. Federasi Pemuda Kebangsaan (FEDERASI)
9. Five Arts Centre (FAC)
10. Freedom Film Network
11. Gerakan Belia Sejupnibaj Malaysia
12. Gerakan Belia Sejupnibaj Malaysia
13. HAKAM
14. HAYAT
15. Islamic Renaissance Front
16. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
17. Jawatankuasa Hak Sivil - Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH-CRC)
18. JEJAKA
19. Jentayu
20. Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth Section
21. Lawyer Kamek (Sarawak)
22. Liga Mahasiswa UTM
23. Liga Rakyat Demokratik
24. MANDIRI
25. Pangrok Sulap
26. PEN Malaysia
27. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM ROSE)
28. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
29. Pride In Research
30. Project Stability and Accountability in Malaysia (Projek SAMA)
31. Ruang Lawan Malaysia
32. Sabah Reform Initiative (SARI)
33. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
34. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
35. SPARC
36. Suara Mahasiswa UMS (SMUMS)
37. Tenaganita
38. The Instant Cafe Theatre Company S/B
39. Women's Aid Organisation (WAO)
40. Undi18 (Persatuan Pengundi Muda)
41. Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (Environmental Protection Society Malaysia, EPSM)
42. Suara Siswa Universiti Malaya
43. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
44. North South Initiative (NSI)
45. Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (Martabat PJ)
46. Consumers' Association of Penang (CAP)
47. Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement (TBH-ADA)
48. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
49. Women for Equality Association (WEA)
Individu
1. Abdul Basit Hisyam bin Abu Khairi
2. Abu Khairi bin Mat Hopi
3. Adriana Abu
4. Anne James
5. Bina Ramanand
6. Edmund Terence Gomez
7. Foong Kok Leong
8. Haslinah Binti Yacob
9. Irdina Zahari
10. Kent
11. Liyana Pillai
12. Maha Balakrishnan
13. Mahi Ramakrishnan
14. Mohd Hafiz Chai Bin Abdullah
15. Mohd Khairul Nidzam
16. Nurulhuda Abu Bakar
17. Omar bin Shawkataly
18. Ooi Kok Hin
19. Richard YW Yeoh
20. Rusni Tajari
21. Syaza Shukri
22. Tan Cher Kian
23. YB Hassan bin Abdul Karim
24. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
25. YB Onn Abu Bakar
26. YB Rafizi Ramli
27. YB Rodziah Ismail
28. YB Wong Chen
29. YB Zahir Hassan
30. Yuen Phooi Chee

0 Ulasan