Ahli Parlimen PAS jadi Ketua Pembangkang - Samsuri

 


Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, jawatan Ketua Pembangkang Parlimen akan disandang oleh seorang Ahli Parlimen dari PAS.

"Namanya akan diumumkan sebelum akhir Mac 2026," katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026.

Jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Hamzah Zainuddin kosong selepas bekas Timbalan Presiden Bersatu itu dipecat oleh partinya.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS turut mengumumkan pelantikan jawatan-jawatan tertinggi PN:

1. Pengerusi - Datuk Seri Ir. - Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

2. Timbalan Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin

3. Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

4. Timbalan Pengerusi - Punithan Paramsiven

5. Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

6. Setiausaha Agung - YB. Datuk Seri Takiyuddin Hassan

7. Timbalan Setiausaha Agung:

- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

- ⁠Wong Chia Zhen

- ⁠Datuk Sivakumar Krishnan

8. Ketua Penerangan - Tan Sri Annuar Musa

9. Ketua Pengarah Pilihan Raya - Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin

10. Bendahari Agung - Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor

11. Ketua Wanita - Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi

12. Ketua Pemuda - Afnan Hamimi Taib Azamuddeen

13. Pegawai Awam - Zaidy Abdul Talib

Beliau menambah, pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN ditangguhkan ke mesyuarat akan datang setelah lawatan kerja dilakukan oleh Pengerusi PN ke semua negeri-negeri selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Mesyuarat turut membincangkan mengenai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi," jelasnya.







Catat Ulasan

0 Ulasan