Jawi, Melayu & Utusan




Bagi saya, orang Melayu yang tidak pandai menulis atau membaca Jawi tidak sempurna kemelayuannya. Tulisan Jawi dan orang Melayu memang tidak dapat dipisahkan.

Sebelum penjajah British keparat memperkenalkan sistem pendidikan berteraskan tulisan rumi di Tanah Melayu, tulisan Jawi merupakan medium penting dalam bidang pendidikan dan jaringan komunikasi orang Melayu.

Walaupun Jawi kini digunakan kembali dalam subjek agama Islam di sekolah, ramai yang mengabaikannya selepas meninggalkan zaman persekolahan kerana tulisan warisan nenek moyang orang Melayu itu. Akibatnya, tulisan Jawi yang indah berseni khatnya dilihat seolah-olah tidak relevan lagi dalam dunia moden yang condong ke Barat.

Mujurlah masih ada lagi satu muka penuh artikel dalam tulisan Jawi dalam Utusan Malaysia. Bagi yang mahir atau ingin belajar membaca tulisan Jawi, bolehlah dapatkan Utusan Malaysia setiap Isnin.

Artikel minggu ini agak menarik, mengisahkan tentang Wak Ikhsan iaitu seorang usahawan OKU yang berjaya.

Utusan Melayu Mingguan (Jawi) juga diterbitkan secara dalam talian dan boleh dibaca melalui pautanhttp://www.utusanmelayu.com.my/



Jika kita orang Melayu tidak menyokong usaha memperkasakan tulisan Jawi, siapa lagi yang hendak kita harapkan. Jangan biarkan tulisan Jawi terus pupus ditelan zaman seperti akhbar Utusan Zaman.

TAKKAN JAWI HILANG DI DUNIA!

Catat Ulasan

0 Ulasan