Teresa Kok kena buat ujian COVID-19 di Sandakan

 

Gambar: FB Teresa Kok

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diminta menjalani ujian saringan COVID-19 sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada 11 September lalu (Jumaat).

Tidak pasti pula apa tujuan dia menyemak di Sandakan, mungkin nak bantu geng dia berkempen di sana.

Katanya, bila tiba di Lapangan Terbang Sandakan, dia diminta oleh seorang pegawai kesihatan untuk pergi ke kaunter semakan COVID-10.

"Saya diberitahu bahawa saya perlu menjalani ujian COVID, kerana dalam jawapan borang kesihatan masuk ke Sabah, saya tandakan 'ya' dalam soalan samada saya mempunyai simptom COVID. 

"Aiduh! Pembantu saya silap semasa isi borang saya di KLIA," katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Walaupun pembantu dia yang buat silap, Teresa Kok tetap kena buat saringan COVID-19.

Maknanya, dia kena buat ujian swab di hospital.

Kemudian, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong yang juga geng DAP bawa Teresa ke Hospital Sandakan untuk menjalani ujian COVID-19.

Gambar: FB Teresa Kok

Kata Teresa, termasuk yang itu, sudah tiga kali dia kena buat ujian COVID-19 tahun ini.

Lepas 45 minit, seorang pegawai Hospital Sandakan memberitahu pembantu Vivian Wong bahawa keputusan ujian mendapati Teresa bebas COVID-19.

"Tentulah!! Buang masa saya," katanya.

Eh, eh, pembantu engkau yang buat silap, lepas tu nak bising-bising kata buang masa. 

Sepatutnya baca dan faham betul-betul sebelum isi borang COVID-19 tu.

Takkanlah tak dapat nak bezakan antara perkataan 'Ya' atau 'Tidak'.

Rasanya, budak tadika pun boleh faham perbezaannya.

Memang sangat musykil bagaimana pembantu Teresa boleh salah isi borang COVID-19.

Walau apa pun alasan yang dibebelkan oleh Teresa, dia sepatutnya semak dulu borang yang diisi oleh pembantunya sebelum bertolak ke Sandakan.

Sebab nama dia yang dalam borang tu, kalau dia tanda 'Ya' memang patutlah dia kena buat saringan.

Lagipun, kes COVID-19 tengah naik di Sabah sekarang ni. Dah ada pun Kluster Tawau.

Lain kali, semak dulu borang yang diisi pembantu dengan teliti.

Yang kena tahan nanti engkau Teresa, bukan pembantu engkau. Ada faham?

Catat Ulasan

0 Ulasan