Kena sindir pemikiran pisang goreng, Ahmad Maslan malas nak layan KJ

Layan roti canai lagi syok. Pisang goreng besok-besoklah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Malas malas nak layan Khairy Jamaluddin a.k.a. KJ dalam isu pemikiran pisang goreng.

Katanya, lebih baik fikir pasal vaksin yang lambat sangat sampai ke Malaysia.

"Saya tak mahu “bergaduh” dengan YB @Khairykj tentang isu pemikiran #PisangGoreng ke atau #GorengPisang.

"Ayuh kita tumpu untuk segerakan #vaksin #Covid19. Kes ratusan ribu, mati ratusan #rakyat.

"Moga YB KJ, YB DS @DrAdhamBaba, DS @tzafrul_aziz & YAB @MuhyiddinYassin akan segerakan vaksin," katanya melalui Facebook.

Tok Mad pun malas nak layan perangai KJ yang macam budak-budak.

Dulu dia ejek IQ Lokman Adam sama macam lobak.

Sampai melekat nama Lobakman kat Lokman Adam.

Sekarang Tok Mad pulak yang kena setepek.

Hormat sikit kat orang tua KJ. Jangan perasan pandai sangat.

Hari tu dah jatuh basikal. Silap-silap nanti jatuh dari kerusi Parlimen, tak bangun lagi dah lepas tu.

Orang Rembau pun nak tengok muka baru jadi Ahli Parlimen.

Calon paling sesuai Tok Mat Hasan lah. Dah banyak jasanya kat Rembau.

KJ bolehlah bawak IQ dia yang tahap Einstein tu keluar dari Rembau.

Pandai-pandailah cari tempat baru KJ. Kau kan pandai.

Lu pikir sendirilah KJ!

Catat Ulasan

0 Ulasan