PPBM nak cilok kerusi, takkanlah UMNO buat diam aje

Gambar: FB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan


Banyak orang tak faham apa isu sebenarnya isu melibatkan UMNO dan PPBM yang tengah panas sekarang ni.

Tapi nak jugak komen, tuduh UMNO tamak dan gila kuasa. Kononnya UMNO tak boleh bertolak ansur.

Masalahnya, kalau PPBM nak cilok kerusi-kerusi tradisi UMNO takkan nak biarkan saja. 

Kalau PPBM hebat sangat, kenapa tak bertanding di kawasan PAN, PKR atau DAP?

Tembelang PPBM dalam soal pembahagian kerusi menjelang PRU-15 didedahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam rancangan temu bual YB Live yang disiarkan oleh laman Facebook Studio UN9.

Boleh baca apa yang dikatakan oleh Tok Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Kerusi bagi UMNO seperti di bawah:


"Saya pun tak paham laa..sorry mintak maaf cakap..ini 'first time' saya cakap 'why must you disturb our market share?' PPBM, mengapa kau nak mengacau UMNO punya rumahtangga? Mengapa PPBM nak berkubang dalam kubang kita? Kau berkubanglah dalam kubang PAN, kubang PKR tu..'the market is much bigger there..you practice kan laa blue ocean strategy because here is already red ocean'..dah 'already crowded'..'UMNO and PAS dah already crowded' dalam ni, nak datang pulak lagi sorang dan 'to take our market share'. 'Of course' laa org UMNO tak suka. Tambah pulak ada gerakan-gerakan dibuat itu ini untuk melemahkan UMNO. 'Off course UMNO not comfortable at all'. 

"Don't blame UMNO'. Kita dah bersetuju dah bagi kau, kita sokong walaupun kau 13 kerusi kau PM, tak apa kita setuju..walaupun UMNO tak ada jawatan-jawatan penting, jawatan kanan, tak apa kerana kita dah berjaya jatuhkan DAP. Itu asas dia. Sekarang ini main cerita UMNO tamak kuasa lah tak dapat jawatan lah..'come on man why can't you go disturb PKR, disturb PAN? their market share even bigger there'. Campur PKR campur DAP ada situ dekat 100 kerusi. 

"Pulak tu semuo kobau yang nak berkobang tu tanduk runcing. Tau tak kobau tanduk runcing? Kobau tanduk runcing ni kalau dio tak menebong pun bergesel pun luko. Kobau tanduk runcing ni bidalan pepatah org tuo-tua jangan bawak masuk kobau tanduk runcing dalam kandang abih kobau lain luko.  Berkubanglah dokek PAN, PAN ada berapa kerusi, kau berkubanglah dekat PKR, PKR ada banyak kerusi, berkubanglah tempat DAP..'go and fight there, we will help you'. Apa nak amek kerusi kita? 

"Something is not right somewhere. In any organisation especially in corporate sector you disturb my market share I WILL RETALIATE. It's not that we want to kill anybody..but you are undermining us, you want to kill us'. Tak kan kita dayus, orang UMNO dayus kita diam je?..'no way'. Saya Timbalan Presiden parti 'I will fight to the end'. 'I don't mind' kita jalinkan kerjasama. 'I understand' kita jalinkan kerjasama kita akan mendapat banyak faedah tetapi jangan 'undermine' kita, jangan ambil 'market share' kita.

Saksikan video temu bual Tok Mat di FB Studio UN9. KLIK SINI.


Catat Ulasan

0 Ulasan