PKPB seluruh Sarawak sambung lagi 2 minggu

ISMAIL SABRI YAAKOB


KENYATAAN MEDIA

MENTERI KANAN PERTAHANAN

26 FEBRUARI 2021

MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Task Force Operasi Pematuhan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 76,638 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,356 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,921 anggota telah membuat pemantauan di 5,815 buah restoran, pasar raya (4,463), bank (3,926), penjaja (2,542), pasar awam/tani (2,007), kilang (1,834) dan pejabat kerajaan (954).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,353), tempat riadah (1,429), terminal pengangkutan darat (1,167), terminal pengangkutan air (274) dan terminal pengangkutan udara (148).

Semalam, seramai 326 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 320 dikompaun manakala enam (6) lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (106)

 Tidak memakai pelitup muka (77)

 Tiada penjarakan fizikal (43)

 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (35)

 Aktiviti Pusat Hiburan (23)

 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (22)

 Aktiviti Perjudian (7)

 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (4)

 Ingkar arahan kuarantin (1)

 Lain-lain (8)


Kawalan Sempadan Negara

Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap 36 orang PATI dan merampas empat (4) buah bot/kapal serta lima (5) buah kenderaan darat.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 122 buah bot/kapal di perairan negara melalui enam (6) aktiviti penglihatan.

Op BENTENG melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 470 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam iaitu:

Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) - 415 SJR

Op BENTENG PDRM - 46 SJR

Op BENTENG AKSEM - 9 SJR


Operasi Sanitasi Awam

Semalam, sebanyak 83 operasi sanitasi dilakukan meliputi 31 zon merah, 11 zon jingga, 14 zon kuning dan dua (2) zon hijau di seluruh negara.

Operasi sanitasi ini melibatkan 389 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 110 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 72 buah jentera JBPM.

Secara kumulatifnya, sebanyak 17,339 operasi sanitasi yang merangkumi 146 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020. Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk PPR, tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan.


Kuarantin Wajib

Semalam, seramai 702 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 130,812 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 76 hotel dan 12 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 7,367 individu telah dikuarantin dan seramai 122,731 orang dibenarkan pulang manakala 714 lagi dibawa ke hospital.


Tapak Binaan

Semalam, Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan 41 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 40 tapak binaan mematuhi SOP manakala satu (1) lagi tidak patuh dan diarahkan tutup serta-merta.

Secara keseluruhannya, CIDB telah melakukan 15,784 pemeriksaan melibatkan 8,937 tapak binaan sejak 20 April 2020.


Barang Keperluan Asas

Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, KPDNHEP telah membuat 759 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri peruncit (571), pemborong (154) dan pengilang (31).

KPDNHEP juga telah melakukan 1,486 pemeriksaan khas pematuhan SOP. Daripada jumlah itu 1,485 premis mematuhi SOP manakala satu (1) diberi nasihat.


Saringan Wajib Pekerja Warga Asing

Semalam, seramai 15,409 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 19 orang didapati positif COVID-19.

Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 506,893 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 26,231 majikan.

Daripada jumlah ini, seramai 8,548 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 498,345 lagi adalah negatif.

Sehingga kini, sebanyak 1,489 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.

Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan COVID-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021.


Pelanjutan PKPB di seluruh negeri Sarawak

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sarawak yang dijadualkan tamat pada 1 Mac 2021.

Berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, masih berlaku peningkatan kes di seluruh negeri dengan sebanyak 2,623 kes telah direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari 2021.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh negeri Sarawak bermula 2 Mac sehingga 15 Mac 2021.


Pelanjutan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) & Kuarters Kakitangan Batu Gajah, Kinta, Perak 

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) & Kuarters Kakitangan Batu Gajah, Kinta, Perak yang dijadualkan tamat pada 27 Februari 2021.

Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 761 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 433 kes positif COVID19 telah direkodkan.

KKM mengesahkan peningkatan kes masih berlaku melibatkan tahanan di PPA ini apabila sebanyak 13 kes baharu direkodkan pada 25 Februari 2021.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) & Kuarters Kakitangan Batu Gajah, Kinta, Perak bermula 28 Februari sehingga 13 Mac 2021.


PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah 

KKM hari ini melaporkan situasi kes COVID-19 di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah.

Sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 42 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan kedua-dua lokaliti ini.

KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah bermula 27 Februari 2021 hingga 12 Mac 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.


PKPD Sentosa, Daerah Sibu, Sarawak

KKM hari ini turut melaporkan situasi kes COVID-19 di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak.

Sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 59 kes telah direkodkan yang melibatkan lokaliti ini dan KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak bermula 27 Februari 2021 sehingga 12 Mac 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas hampir 2500 penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

Antara SOP PKPD yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.

• Semua rumah ibadat dan sekolah di dalam kawasan PKPD ditutup sepanjang tempoh ini.

• Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.

• Sumbangan bantuan oleh NGO sepanjang tempoh PKPD perlu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu.

• Pemberian bantuan bekalan makanan akan diselaraskan secara bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu.

• Aktiviti sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.


YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

MENTERI KANAN PERTAHANAN

Catat Ulasan

0 Ulasan