Kenaikan OPR hanya menguntungkan bank, kata Lim Guan Eng



𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐎𝐏𝐑) 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐍𝐌 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐚𝐧.

Normalisasi kadar dasar semalaman (OPR) secara pramatang Bank Negara Malaysia atau BNM tidak membantu membendung penyusutan nilai ringgit kepada dolar AS malah mungkin menjejaskan kos pinjaman, mengekang pengembangan perniagaan dan merencat pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pengukuhan nilai ringgit adalah antara sebab yang disebut oleh mereka yang mempertahankan kenaikan 25 mata asas dalam OPR pada 3 Mei oleh BNM.
Boleh diperhatikan dalam tempoh tiga minggu, nilai ringgit telah merosot daripada RM4.45 pada 3 Mei kepada RM4.58 hari ini. Sehingga hari ini banyak perniagaan yang terjejas akibat kejatuhan nilai ringgit masih menunggu maklum balas BNM.
Hujah utama Bank Negara untuk kenaikan OPR adalah keperluan untuk mengekang inflasi teras dan melaksanakan normalisasi kadar dasar semalaman berikutan pemulihan ekonomi sepenuhnya daripada pandemik COVID-19. Terdapat kebimbangan sebenar sama ada kenaikan OPR terkini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi yang mampan, menjadikan lebih sukar bagi Malaysia untuk mengulangi pertumbuhan KDNK suku pertama yang memberangsangkan sebanyak 5.6% pada suku kedua 2023.
Menurut S&P Global Market Intelligence, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia yang diselaraskan mengikut musim kekal di bawah paras 50 mata yang memisahkan pengembangan dan penguncupan bulanan, dengan indeks tidak berubah pada 48.8 pada April 2023. Ini adalah isyarat amaran bagi sektor pembuatan Malaysia yang lemah pada permulaan suku kedua tahun ini disokong oleh pertumbuhan perdagangan April 2023 yang jatuh sebanyak 14.5% tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM198 bilion di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐎𝐏𝐑 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐤.
Terdapat juga kekeliruan mengenai kenaikan OPR sekarang untuk mengawal inflasi teras, apabila inflasi teras sebenarnya menyederhana tanpa sebarang kenaikan OPR, kepada 3.9% pada suku pertama 2023 berbanding suku akhir pada 2022 sebanyak 4.2%. Selanjutnya, terdapat dua jeda kadar faedah tanpa kenaikan OPR oleh BNM pada Januari dan Mac 2023, walaupun inflasi teras lebih tinggi pada 4.2% pada suku akhir 2022 berbanding 3.9% pada suku pertama 2023.
Tiada sebab untuk BNM menaikkan OPR sekarang apabila inflasi teras telah mampu dikawal secara perlahan, malah menghentikan kenaikan OPR pada Januari dan Mac apabila kadar inflasi lebih tinggi. Walaupun BNM tidak menaikkan OPR pada Januari dan Mac tahun ini, kedua-dua inflasi utama dan inflasi teras turun ke paras terendah 34 bulan masing-masing pada 3.4% dan 3.8% pada Mac 2023.
Kenaikan OPR tidak menguntungkan sesiapa kecuali keuntungan sektor perbankan. Penganalisa di Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menganggarkan bahawa dalam tempoh satu tahun pendapatan hadapan, kenaikan kadar 0.25% akan melonjakkan keuntungan bersih bank itu sebanyak 3.7% atau lebih sedikit daripada RM1 bilion kepada RM30.07 bilion daripada RM28. 99 bilion yang diunjurkan sebelum ini. Adakah bank tidak memperoleh keuntungan yang mencukupi?

Catat Ulasan

0 Ulasan