Akaun Telegram Wan Junaidi kena godam

 

Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Gambar: Facebook)

KENYATAAN MEDIA

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

PEMAKLUMAN AKAUN TELEGRAM YANG DIPERTUA DEWAN NEGARA TELAH DIGODAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

6 September 2023, Kuala Lumpur - Saya ingin memaklumkan bahawa akaun TELEGRAM saya, Tan Sri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari yang lepas. Perkara serius ini telah saya laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.

Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai YB Tan Sri Wan Junaidi terutamanya jika ada perkara yang melibatkan kewangan atau temujanji untuk berjumpa. Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-2601 7610 untuk pengesahan lanjut.

Saya amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini. Saya menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam- penggodam ini kepada pihak yang berkuasa.

TAN SRI DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Yang di-Pertua Dewan Negara

6 September 2023


Catat Ulasan

0 Ulasan