MYDIN tawar diskaun khas untuk pengamal media

 



Pasar raya besar MYDIN sedang menawarkan diskaun khas kepada pengamal media di Malaysia.

Menurut pentadbir laman Facebook Mydin Malaysia, diskaun itu adalah seperti yang dijanjikan oleh Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin.

Katanya, diskaun tersebut ditawarkan kepada para pemegang Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Anda hanya perlu tunjukkan Kad Perakuan Media di cawangan MYDIN berdekatan semasa membeli-belah di MYDIN," jelasnya.

Diskaun itu tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

1. Petugas media wajib mempamerkan Kad Perakuan Media ketika di kaunter bayaran.

2. Semua Petugas Media dengan Kad Perakuan Media yang masih dalam tempoh sah laku dan 

dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia layak mendapat diskaun Khas Harga Borong.

3. Diskaun sah bagi tempoh setahun bermula 15 September 2023 sehingga 14 September 

2024. (Pilihan Diperbaharui).

4. Program diskaun khas ini melibatkan seluruh cawangan MYDIN.

5. Diskaun sehingga 20% ini hanya melibatkan barangan kategori bukan makanan* (non-food 

items) terpilih sahaja.

6. Contoh perbezaan diskaun adalah seperti berikut:

BAJU KURUNG (MIKAYLA BK COTTON PAHANG 0622vhaxhp01) 

Harga Biasa: RM 59.90 / unit

Harga Media: RM 55.00 / unit 


KAIN PELIKAT (GAJAH DUDUK PELIKAT MIKA ZIPPER) 

Harga Biasa: RM 17.90 / unit 

Harga Media: RM 15.00 / unit 


SONGKOK ADULT (3.5IN SRSTD02, 21.75 BLK) 

Harga Biasa: RM 15.90 / unit 

Harga Media: RM 12.00 / unit 


TUALA (B/TWL 290g 27x54 Jlk001-3 

Harga Biasa: RM 7.90 / unit

Harga Media: RM 6.50 / unit


PILOT WINGEL PENS 0.5MM BLUE

Harga Biasa: RM 3.50 / unit

Harga Media: RM 3.00 / unit


STAEDLER LUNA WATER COLOUR W/ BASE 13710c24 24 LONG

Harga Biasa: RM 25.50 / unit

Harga Media: RM 22.30 /unit


7. Harga tertera adalah tertakluk kepada perubahan harga semasa.

8. Terdapat banyak lagi diskaun barangan terpilih, pelanggan boleh ke kaunter perkhidmatan atau 

kaunter bayaran untuk semakan.


Catat Ulasan

0 Ulasan