Tular kereta rasmi ekori ambulans, ini penjelasan Nga Kor Ming


Siaran Media 

1. Saya telah dimaklumkan laporan media berkaitan insiden kononnya kereta rasmi saya mengekori sebuah ambulans pada 3 Februari 2024 di Lebuhraya PLUS. Menurut laporan media yang ditularkan, kejadian ini berlaku ketika kemalangan jalanraya yang melibatkan tujuh buah kenderaan dan telah mengakibatkan berlakunya kesesakan jalan.

2. Untuk makluman semua, hakikatnya perkara ini berlaku sewaktu saya sedang dalam perjalanan untuk menghadiri program rasmi di Ipoh, pemandu kenderaan rasmi saya telah sedar bahawa terdapat sebuah ambulans swasta mengekori kenderaan saya untuk ke lokasi kemalangan. Oleh itu, bagi memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan, pemandu saya telah memberi laluan kepada ambulans tersebut.

3. Memandangkan keadaan jalan raya yang sesak, pemandu saya terpaksa mengekori ambulan tersebut sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh setelah kereta ambulans sudah beredar.




4. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berniat untuk melanggari undang-undang dan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang. 

5. Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak yang berkuasa dan bersedia untuk membayar kompaun kesalahan bagi pemandu saya sekiranya beliau didapati bersalah. 

6. Segala kesulitan bukan disengajakan dan amat dikesali. 

Sekian, terima kasih. 

Nga Kor Ming 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 
7 Februari 2024

Catat Ulasan

0 Ulasan