Sedihnya anak tahfiz cuma dibayar RM100 jadi imam tarawih 27 hari


Sedihnya bila dapat tahu dua pelajar tahfiz yang jadi imam solat tarawih selama 27 hari cuma dibayar RM100 sahaja setiap seorang.

Kisah itu disiarkan oleh pemilik akaun Facebook Rozaimi Kamaruddin semalam:

"Anak balik dari madrasah bercerita kawannya jadi imam terawih 20 rakaat selama 27 hari cuma diberi saguhati RM100 je. Lebih memilukan semua kawan-kawan yang lain dapat sehingga ribuan ringgit…

"Allahu sedihnya, nangis aku…katanya koyak teruk jugak kawan dia tu, ye la budak lagi kan…

"Bukan berniat nak salahkan atau kecam sesiapa, tapi come on la… kita upah badut buat belon masa harijadi anak pun bayar beribu, ini budak tahfiz kot, hampir sebulan menabur bakti, sikit ke effort dia?

"Jangan la cakap pasal keikhlasan ke apa, budak tu boleh guna ikhlas buat bayar yuran pengajian dia ke?

"Tidak mengapa la dik, orang tak bagi sekejap pakcik ejas ye…"




Setelah hantaran tersebut tular, ramai pihak yang ingin memberi sumbangan bagi mengubati kesedihan dua pelajar tahfiz berkenaan.

Hasilnya, sebanyak RM5,600 berjaya dikumpul malam tadi dan setiap seorang pelajar tahfiz menerima RM2,800.

Perkembangan positif itu dikongsi dalam akaun Facebook Rozaimi Kamaruddin malam tadi juga:

PENJELASAN KES PELAJAR TAHFIZ HANYA DIBAYAR RM100 UNTUK 27 HARI KHIDMAT IMAM TERAWIH 20 RAKAAT

"Sampai sekarang saya masih terkesan dengan kekecewaan 2 orang pelajar tahfiz rakan anak saya, saya sendiri telah penghubungi pelajar-pelajar terbabit untuk bagi semangat pada mereka, salah seorang ibu pelajar terbabit menceritakan dia terpaksa menghubungi ahli keluarga yang lain minta diberikan duit raya lebih sikit untuk pulihkan semangat anaknya.

"Nampaknya memang kecewa sungguh, bukan sikit pengorbanan terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan 20 rakaat solat terawih selama 27 hari berturut-turut. Semalam sy tak berniat untuk melancarkan kutipan, cuma terfikir nak bagi sumbangan peribadi yang mungkin tidak seberapa. Alhamdulillah ramai pula yang PM minta nak bagi sumbangan sekali. Alhamdulillah sehingga awal pagi tadi RM5600 berjaya dikumpul dan saya telah sampaikan seorang RM2800 melalui akaun ibu masing-masing. Terharu bila beberapa kali berpesan supaya ucapkan terima kasih kepada semua penyumbang, nampak sungguh bermakna bagi mereka.

"Saya dapat banyak komen dan mesej bertanyakan nama surau terlibat, saya mohon maaf kerana saya tidak berniat untuk menularkan nama surau terlibat kerana tidak mahu menjejaskan institusi dan pengurusan surau terbabit, walaubagaimanapun RM100 sumbangan yang diberi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima walau apa pun alasan.

"Saya juga mohon agar dihentikan kecaman dan cacian terhadap pihak surau terlibat, tapi kita mesti mengambil suatu usaha agar perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Akhir sekali marilah kita sama-sama mengangkat tinggi apa sahaja berkait dengan agama islam, bukan semua orang mampu bergelar huffaz, seorang doktor yang paling hebat pun tak mampu hafal keseluruhan kitab perubatannya, tapi seorang huffaz mampu hafal keseluruhan kitab al-quran tanpa tertinggal walau satu huruf pun, mampu kah kita? Kalau tak mampu tak salah kita menggangkat tinggi sikit golongan huffaz yang tak berapa ramai pun di kalangan kita ini, mudah-mudahan kita dapat menumpang keberkatan al-quran di dada-dada mereka.

"Terima kasih semua penyumbang, hari ini anda telah gembirakan dua jiwa yang di dalamnya ada al-quran. Mohon maaf kepada yang masih ramai minta nak menyumbang, hasrat anda inshaa Allah dah diterima Allah, sila panjangkan kepada huffaz-huffaz berdekatan anda."

Rozaimi Kamaruddin
8 April 2024


Semoga kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua. 

Hargailah penat lelah anak-anak huffaz dengan memberi bayaran yang sepatutnya kepada mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan