JPJ patut beri lebih banyak rebat perbaharu lesen memandu digital

Mulai 1 Februari 2024, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu mereka melalui aplikasi MyJPJ.

Memang mudah sebab kita tidak perlu lagi melakukan urusan pembaharuan lesen memandu di kaunter JPJ atau Pos Malaysia.

Malah, mereka yang memilih untuk mendapatkan lesen memandu mod digital (tanpa kad) layak menerima rebat RM5.

Maknanya pemandu yang memohon lesen mod digital untuk tempoh setahun hanya perlu membayar RM25, berbanding RM30 untuk lesen fizikal.


Namun, pemberian rebat RM5 itu hanya terpakai untuk lesen yang diperbaharui sepanjang tahun 2024 sahaja.

Untuk tahun-tahun berikutnya, kita perlu membayar RM30 setahun untuk lesen memandu mod digital, sama seperti caj yang dikenakan untuk lesen memandu fizikal.




Contohnya, sekiranya kita mahu memperbaharui lesen memandu digital selama dua tahun mulai tahun ini, jumlah yang dikenakan adalah RM55.


Kaedah pengiraan yang sama digunakan untuk pembaharuan lesen memandu digital selama tiga hingga sembilan tahun.



Rebat tambahan sebanyak RM30 akan diberi kepada mereka yang memilih untuk memperbaharui lesen memandu bagi tempoh 10 tahun, termasuk mod digital dan fizikal.

Memang bagus inisiatif kerajaan ini cuma ia akan menjadi lebih bagus sekiranya rebat RM5 diberikan setiap tahun bagi pembaharuan lesen memandu secara mod digital.r

Maknanya pemandu hanya perlu membayar RM25 sahaja setahun dengan jumlah maksimum RM225 untuk tempoh 10 tahun.

Kadar yang dicadangkan untuk pembaharuan lesen memandu secara digital adalah seperti berikut:

1 tahun - RM25
2 tahun - RM50
3 tahun - RM75
4 tahun - RM100
5 tahun - RM125
6 tahun - RM150
7 tahun - RM175
8 tahun - RM200
9 tahun - RM225
10 tahun - RM225

Langkah ini akan menggalakkan lebih ramai pemandu memilih untuk memperbaharui lesen memandu mereka secara digital bagi tempoh yang lebih panjang.

JPJ juga dapat menjimatkan banyak kos seperti membeli kad kosong dan mencetak apabila ramai pemandu memilih lesen memandu digital.

Diharap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi perhatian terhadap cadangan ini.







Catat Ulasan

0 Ulasan