Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat



KEMALANGAN JALAN RAYA MAUT MELIBATKAN (1) KEMATIAN DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT PERSIARAN TEKNOLOGI, BANDAR ENSTEK DALAM DAERAH NILAI, NEGERI SEMBILAN.

Pada 28/06/2024 jam lebih kurang 7.40 pagi telah berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan (2) buah kenderaan iaitu antara sebuah motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang oleh seorang lelaki umur 53 tahun dengan sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang dipandu oleh seorang wanita umur 39 tahun.

Siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu kereta jenis Perodua Aruz yang dalam perjalanan dari arah Tiara Sendayan ke KLIA telah dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat merah di persimpangan tersebut lalu melanggar penunggang motosikal yang datang dari arah sebelah kanan.




Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal jenis Honda Vario yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Perodua Aruz mengalami kecederaan ringan luka-luka di bahagian tangan. Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987.

Sebarang maklumat orang ramai boleh salurkan kepada pihak Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389 (Pusat Kawalan Daerah Nilai) atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial bin Azli di talian 012- 9122198 bagi membantu siasatan.



Catat Ulasan

0 Ulasan