Penurunan harga telur bukti keprihatinan PMX


Ramai rakyat Malaysia yang tidak menghargai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penurunan harga telur sebanyak 3 sen sebiji baru-baru ini.

Malah, mereka menyindir dan menempelak pula dengan mengatakan langkah itu tidak dapat menangani kesan kenaikan harga barangan yang lain selepas subsidi diesel ditarik balik.

Perangai rakyat Malaysia memang sukar difahami termasuk dalam isu penurunan harga telur.

Kerajaan turunkan harga pun mereka masih tidak mahu mengucapkan terima kasih.

Walhal, langkah yang membuktikan keprihatinan PMX itu membantu menjimatkan perbelanjaan seharian mereka.




Cuba bayangkan berapa banyak yang dapat dijimatkan oleh sebuah keluarga yang memakan 100 biji telur sebulan.

Mereka dapat menjimatkan RM3 sebulan dan RM36 setahun. 

Jumlah itu nampak kecil bagi golongan kayangan tetapi besar nilainya bagi golongan marhain.

Peniaga kuih dan makanan seperti nasi lemak serta roti telur juga dapat mengurangkan kos masing-masing.

Sepatutnya rakyat Malaysia belajar mensyukuri nikmat penurunan harga telur dan bukan hanya tahu komplen sahaja.

Lagipun bukan semua rakyat Malaysia menggunakan kenderaan diesel namun nikmat penurunan harga telur dapat dikecapi oleh semua orang.

Terima kasih PMX dan kerajaan Madani!

Catat Ulasan

0 Ulasan