BN nafi kenyataan palsu larangan ceramah


Barisan Nasional (BN) tidak mengeluarkan kenyataan yang melarang beberapa individu dari BN dan PH untuk menyampaikan ceramah pada PRK DUN Nenggiri.

Menurut BN, kenyataan palsu itu adalah mainan politik untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam kerajaan sekarang.

BN berkata, kenyataan media rasmi hanya akan disiarkan dalam laman Facebook rasmi BN sahaja. 

"Diharap semua tidak termakan dengan mainan politik seperti ini tiap kali apabila pilihan raya akan berlangsung.

"Semoga semua pihak terus bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita palsu seperti ini lagi," katanya melalui Facebook hari ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan