Lantang isu BlackRock bukan bermakna Wan Fahysal boleh bertindak bebal

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sepatutnya digantung daripad menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun.

Menurut beliau, tindakan itu akan menjadi pengajaran kepada semua Ahli Parlimen supaya jangan mencemar kemuliaan institusi berkenaan semata-mata untuk menjadi populis.

"Isu BlackRock yang beliau bangkitkan memang penting. Ia isu kepentingan nasional. 

"Tetapi tidak bermakna dia boleh bertindak bebal," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula semalam susulan dakwaannya mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mohd Puad menamnah, Ahli Parlimen mesti tahu batas namun apa yang berlaku membuktikan ramai dalam kalangan mereka  tidak tahu peraturan dan sebab itu cakap hentam keromo.

"Ada baiknya Ahli Parlimen diwajibkan hadir kursus mengenai peraturan tetap mesyuarat. 

"Wan Fayhsal patut bersyukur. Elaun Parlimennya tidak disekat," jelasnya.

Justeru, beliau berkata penggantungan Wan Fayhsal selama enam bulan adalah tepat. 

Mohd Puad memberiyahu, ia bukan baharu dan ramai Ahli Parlimen yang dikenakan tindakan sama sebelum ini.

"Kes Gobind Singh Deo jadi landmark. 

"Mahkamah Persekutuan putuskan Parlimen tidak ada hak sekat elaun Gobind yang digantung setahun pada 2009," ujarnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan