Mujarabkah sumpah laknat calon Bersatu PRK Nenggiri?


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kemujaraban sumpah laknat yang dilafazkan calon PN bagi PRK DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail

Beliau bertanya sama ada sumpah laknat itu akan jatuh secara automatik terhadap dirinya kerana Mohd Rizwadi pun 'melompat' dari Pas ke Bersatu.

"Atau pun calon Bersatu itu anggap ia tidak sah kerana sumpah laknat itu amalan Pas bukan Bersatu. 

"Bersatu tak main sumpah laknat. Tidak ada legal binding pun," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Rizwadi yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gua Musang melafazkan sumpah laknat itu di Masjid Hijau Renok, Gua Musang, semalam.

Mohd Puad menambah, Mohd Rizwadi mungkin tidak gerun dengan sumpah laknat.

"Tidak menyebabkan jatuh talak tiga. Tidak mujarab kerana ia sumpah laknat politik.  

"Apa pun Nenggiri bukan tempat main wayang kulit," jelasnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan