Suara rakyat bukan politik kebencian - Hamzah

Berikut adalah hantaran Facebook Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini:

Apakah rintihan rakyat yang meluahkan rasa kecewa mereka kerana menjadi mangsa kenaikan harga diesel RM3.35 seliter dianggap politik kebencian?

Apakah bila rakyat bangkit menuntut janji turun harga minyak dari PMX dilabelkan politik kebencian?

Apakah bila rakyat menegur kerajaan kerana berurusniaga dengan Blackrock melibatkan penjualan saham sehingga 30 peratus aset strategik negara iaitu MAHB - membabitkan syarikat yang terlibat menyokong genocide Israel dan tidak dilakukan secara tender terbuka merupakan politik kebencian?




Apakah kerana rakyat menegur kerajaan Madani cakap tak serupa bikin - kononnya mahu banteras rasuah tapi bekas menteri yang terkait dengan kes rasuah hampir RM100 juta langsung tidak didakwa. Kononnya mahu banteras rasuah, tapi desakan supaya kekayaan luar biasa bekas setiausaha politik disiasat tidak diendahkan. Kononnya mahu banteras rasuah, tapi sekadar pandang sebelah mata kontroversi projek DRT libatkan suami seorang menteri dianggap politik kebencian?

Sebenarnya banyak lagi kalau hendak disenaraikan. 

Jangan mudah lupa diri bila ditampuk kuasa. 

Suara rakyat bukan suara politik kebencian.

Suara rakyat, suara keramat.

Catat Ulasan

0 Ulasan