Teruskan jadi bodoh wahai Lokman Adam! - Akmal

 


Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dan Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam semakin panas berikutan isu 'katak politik'.

Konflik bermula apabila Lokman semalam menuduh Dr Akmal sebagai 'jurucakap PN' kerana mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bahawa enam kerusi yang disandang bekas-bekas ahli Bersatu sebagai tidak dikosongkan.

Dalam rakaman video melalui Facebook semalam, Lokman yang popular dengan gelaran 'Lobakman' menyuruh Dr Akmal menyimpan kebodohannya.

Bagi menjawab keceloparan mulut Lobakman itu, Dr Akmal menulis dalam hantaran Facebook hari ini:

"Kalau ikut fahaman otak Lokman Adam, kalau tidak keluar parti tetapi menyokong parti lawan bukan dianggap lompat parti dan bukan katak politik

"Jadi jika ada wakil rakyat kerajaan yang menyokong pembangkang walaupun tidak keluar parti bolehlah ke? Kita kena sokonglah tindakan tu?

"Ambil contoh di Melaka, ADUN Rembia bertanding atas tiket BN, tetapi bila berkempen sokong parti lawan, bila mengundi dalam dewan mengikut parti lawan, tetapi masih lagi ahli UMNO, itu dikira bukan katak politiklah ya untuk kamu?

"Untuk makluman Lokman Adam,apa pun istilahnya bila individu yang menang atas parti lain tetapi sokong parti lain selepas menang walaupun tidak keluar parti itulah lompat parti ataupun katak politik.

"Macam dulu Lokman Adam dari PKR, tetapi akhirnya melompat masuk UMNO, itupun katak politik juga tetapi sebab bertanding pilihan raya kalah je Akta Lompat Parti tu tidak terpakai dengan kamu.

"Bila berbeza pendapat, tuduh orang jadi jurucakap parti lain, ini lah level orang yang tiada otak dan buatkan rakyat benci pada orang politik.

"Teruskan menjadi bodoh wahai Lokman Adam kerana rakyat tidak bodoh, yang bodoh macam tiada otak itu hanya kau sahaja!!!"




Catat Ulasan

0 Ulasan