Kenapa PN tak mansuh Akta Hasutan dahulu? Puad tanya Hamzah

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Hamzah Zainudin kerana kerajaan PN tidak memansuhkan Akta Hasutan semasa masih berkuasa dahulu.

Menurut beliau, Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri sepatutnya tidak mendabik dada kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menggunakan Akta Hasutan ketika menjadi Perdana Menteri selama 17 bulan.

"Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. 17 bulan tidak cukup masa ke? 

"Kalau salah, denda RM5,000 atau penjara tiga tahun. Bukan RM200 juta," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kelmarin, Hamzah Zainudin berkata, pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap Muhyiddin tidak akan berjaya kerana beliau mendakwa bekas Perdana Menteri itu hanya menyatakan fakta.

Hamzah mendakwa undang-undang yang sebelum ini ditentang PH kini digunakan untuk menakut-nakutkan pemimpin PN.

Mohd Puad turut menempelak Hamzah dan bekas pegawai kanan Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad yang menuduh kerajaan zalim kerana menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa Muhyiddin.

 "Zalim jangan dililihat dari segi akta. Zalim harus dilihat kepada fitnah dan pembohongan yang dia lakukan terhadap Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Dia bohong pasal 115 Ahli Parlimen. Amat menghasut," jelasnya.

Jiwa Merdeka



Catat Ulasan

0 Ulasan