Puad cabar Muhyiddin panggil semua MP bukan PN bukti ketulenan SD




Ahli MKT UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memanggil Ahli-ahli Parlimen yang bukan dari Perikatan Nasional (PN) bagi membuktikan akuan bersumpah (SD) yang dikemukakannya kepada Istana Negara adalah tulen.

Menurut beliau, Ahli-ahli Parlimen terbabit perlu memberi pengakuan lisan secara terbuka bahawa mereka menyokong Pengerusi PN itu sebagai Perdana Menteri ke-10.

Mohd Puad berkata, tindakan Muhyiddin menyerahkan SD 115 Ahli Parlimen berkenaan kepada pihak polis adalah tidak memadai.

"Tanpa pengesahan daripada Ahli Parlimen bukan daripada PN maka SD itu mungkin telah dimanipulasi untuk mengelirukan orang ramai yang tidak tahu cerita sebenar.

"Pihak istana tahu cerita sebenar. Maka Muhyiddin perlu minta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

SD tersebut merupakan antara dokumen yang diserahkan Muhyiddin kepada polis ketika memberi keterangan berhubung ucapannya pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

Ucapan Muhyiddin itu didakwa secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Jiwa Merdeka





Catat Ulasan

0 Ulasan