BN dah cakap lama tak boleh mansuh hutang PTPTN - Akmal

 


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah dimaki dan dihina oleh pembangkang dan penyokongnya kerana menyatakan hakikat bahawa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) tidak boleh dimansuhkan begitu sahaja.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, situasi itu berlaku ketika zaman Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan dahulu.

"Kita dah cakap lama dah sejak dari zaman BN kerajaan dulu.

"Tapi tak nak percaya malah kutuk lagi kerajaan ketika itu dan berbakul Najib Razak dimaki dan dihina," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud semalam bahawa pemansuhan hutang PTPTN sukar dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini mempunyai komitmen kewangan yang begitu besar.

Tambah Mustapha, pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan.

Dr Akmal menambah, mungkin antara cadangan semasa zaman BN dahulu adalah untuk memberi percuma kepada peminjam yang mendapat keputusan cemerlang dan pengurangan kepada peminjam yang lain terutamanya mereka dari keluarga yang kurang kemampuan boleh diteruskan.

"Apa boleh buat, layan je lah," katanya.


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan