Tuan Ibrahim sindir PMX atau guru PASTI? - Khairuddin

 


Tindakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengambil gaji boleh diumpamakan seperti menyindir guru-guru PASTI juga.

Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pimpinan PAS perlu kasihankan pekerja-pekerja parti seperti PASTI yang tidak diberi gaji dan elaun.

Menurut beliau, ia adalah kerana mereka diumumkan oleh Pemuda PAS sebagai sukarelawan tanpa keredaan mereka. 

"Guru-guru PASTI ini malaikat barangkali yang tidak makan dan minum, tidak ada rumah dan tiada kenderaan hanya terbang dengan sayap. 

"Begitu juga pekerja parti di pejabat PAS yang menerima gaji kecil RM400 hingga RM500 sahaja sebulan. Mereka juga malaikat barangkali," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Khairuddin mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menambah, sindiran Tuan Ibrahim sebenarnya adalah kepada guru-guru PASTI dan pekerja parti yang atas nama perjuangan mengorbankan gaji mereka. 

"Jadi guru PASTI sukarela atas nama perjuangan tak mengambil gaji sebagaimana PM sukarela atas nama keyakinan perjuangan beliau tidak menerima gaji. 

"Mereka ini yang disindir oleh Dato Tuan Ibrahim. Guru PASTI tak terasa ke? Saya pun terasa juga kerana sukarela menjadi Penasihat Agama TPM tanpa gaji," jelasnya.

JIWA MERDEKA 

Catat Ulasan

0 Ulasan