Ada kamu nampak pergaduhan kaum di Malaysia? Puad minta Tiong King Sing tanya pelancong asing

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertanya kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sama ada beliau pernah melihat pergaduhan kaum berlaku di negara ini.

Beliau melontarkan pertanyaan itu berikutan kenyataan King Sing baru-baru ini yang menegur tindakan penguatkuasaan DBKL terhadap papan tanda dan papan iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelancongan dakwa ada pelancong bertanya padanya apakah Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum akibat tindakan keras DBKL terhadap papan iklan yang tidak guna Bahasa Melayu?

Sebagai Menteri, Tiong patut tanya balik, apakah kamu nampak ada pergaduhan kaum di Malaysia. Apakah ada rumah berhala, kuil, kedai arak dan judi yang dirobohkan?

Sebagai Menteri dia boleh jawab mudah bahawa ini soal dasar. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Ia termaktub di dalam perlembagaan.

Tujuan dasar Bahasa Kebangsaan ialah perpaduan. Ada yang kata para  perniaga rugi banyak untuk buat iklan baru. Tidakkah negara rugi satu generasi kerana mengabaikan dasar perpaduan melalui bahasa?


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan