Adakah Malaysia sebuah negara rasis, ekstrem agama? Pelancong tanya Tiong King Sing


Berikut adalah kenyataan penuh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini:

Saya menyeru agar isu-isu perkauman dan agama segera dihentikan kerana ia berupaya merosakkan imej negara yang didiami masyarakat majmuk dan penuh kepelbagaian seterusnya merencatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐤𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢 𝐛𝐚𝐫𝐮-𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐩𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐰𝐢𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐞𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐦𝐩𝐚𝐮𝐢 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮. ⚠️ Tindakan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara dan mewujudkan persepsi negatif di kalangan pelancong antarabangsa.

𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐦𝐩𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐠𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, tetapi juga beberapa pelawat antarabangsa bertanya secara langsung kepada saya, ‘Adakah Malaysia sebuah negara yang rasis atau ekstrem agama?’ Keraguan ini secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global. 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮𝐦, 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚. 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐢𝐦𝐞𝐣 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐢𝐧𝐢.

Saya juga ingin menekankan bahawa Malaysia bersedia untuk memegang jawatan Pengerusi #ASEAN pada 2025, dengan beberapa siri mesyuarat ASEAN dijadualkan berlangsung di negara ini tahun depan. Ini memberikan peluang keemasan untuk mempamerkan kepelbagaian dan keterangkuman #Malaysia di pentas global. Bagaimanapun, saya memberi amaran bahawa 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐤𝐢𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔.

🇲🇾 Kepelbagaian Bahasa Mencerminkan Mesra Pelancong

Selain itu, kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 🇲🇾 berfungsi sebagai platform penting untuk menyerlahkan identiti berbilang budaya Malaysia. 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐩𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐤𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐞𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚. Dengan menerima dan mempromosikan kepelbagaian ini, Malaysia boleh mengubah warisan pelbagai budaya kepada kelebihan ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan negara.

Pada masa yang sama, saya ingin mengkritik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dan mempersoalkan sama ada selama ini Mahathir benar-benar memupuk perpaduan nasional atau menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Saya menegaskan bahawa walaupun beliau pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun, namun akhirnya tidak bertahan lama ketika menjadi Perdana Menteri ke-7. Bukankah beliau sepatutnya bermuhasabah diri dan memikirkan kelemahan dirinya sendiri❓

Sebagai seorang negarawan, Mahathir harus menyokong dan bekerjasama dengan generasi baharu bagi memastikan pembangunan negara yang stabil dan bukannya berpegang kepada sikap lapuk.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semua yang kita dengar hanyalah kenyataan yang tidak membina dan bukannya sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi atau keharmonian sosial. Adakah Mahathir ikhlas menggalakkan pembangunan ekonomi dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia❓ Jawapannya jelas kepada kita semua. 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚; 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚, 𝐢𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐚𝐧𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚.

Saya juga menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (#DBKL) untuk memberi tumpuan kepada inisiatif yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat daripada mencetuskan kontroversi melalui penguatkuasaan yang melampau.

Saya mencadangkan agar 👉 𝐃𝐁𝐊𝐋 𝐛𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠, 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚𝐢 𝐝𝐢 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫.

Daripada menampakkan imej autoritarian dan terkebelakang, 𝐃𝐁𝐊𝐋 𝐬𝐞𝐡𝐚𝐫𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐢𝐰𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐦𝐚𝐝𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐛𝐮 𝐤𝐨𝐭𝐚.

Saya mengulangi bahawa #multikulturalisme bukanlah kelemahan tetapi kelebihan daya saing. Dengan menolak🫸 pemikiran sempit dan mengelakkan penekanan berlebihan terhadap isu perkauman dan agama, kita boleh mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara, menyatukan rakyatnya, dan memacu negara ke hadapan bersama-sama✨.




Catat Ulasan

0 Ulasan