Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengecam Pakatan Harapan (PH) kerana gagal menepati janji mereka mengenai lantikan politik dalam agensi dan syarikat milik kerajaan (GLC).
"Dulu geng ni sembang bukan main. Teruk kerajaan Barisan Nasional (BN) ditohmah dan dihina mengenai lantikan politik.
"Akhirnya, ibarat ludah ke langit je lah kamu. Bila tak ada kuasa, sembang bukan main, bila ada kuasa lebih teruk rupanya," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Beliau mengulas mengenai Edward Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp yang baharu mulai 4 November lalu.
Edward merupakan bekas Setiausaha Politik Hannah Yeoh.
Pengerusi TalentCorp pula ialah Timbalan Ketua DAP Johor dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Wong Shu Qi.
TalentCorp pula adalah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di mana menterinya ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim.

0 Ulasan