Kerajaan PN patut dapat gred F - Puad

 



Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan, kerajaan terdahulu di bawah Perikatan Nasional layak menerima gred F.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau, hari ini:

Sekarang ini musim bagi gred. Tetapi semua itu hanya gred politik. BERSIH adalah NGO partisan dan bersikap selektif. Shahidan pula orang PN.

Menurut Shahidan kerajaan berisiko dapat gred lebih rendah jika suara rakyat diambil kira. Kalau guna suara rakyat PN tidak dapat gred langsung. Mereka kalah teruk di Nenggiri dan Mahkota.

Kerajaan PN adalah kerajaan gagal sebab itu boleh memerintah 17 bulan sahaja. Total F.

Terdahulu, dalam perkembangan berkaitan, beliau percaya BERSIH layak mendapat gred D.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau, semalam:

Mulanya memang “excited” bila baca tajuk “Kerajaan Madani diberi gred D”. Tetapi oleh kerana BERSIH yang bagi gred D itu maka “excitement” itu hilang.

BERSIH mana ada kelayakan beri penarafan. BERSIH tidak konsisten, amat selektif, berat sebelah dan juga banyak berbohong. Sampai sekarang gagal beri bukti BN import pengundi hantu dari Bangladesh.

BERSIH membisu apabila Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ada tokoh BERSIH dalam SPR. Apa reformasi mereka buat? Maria Chin tidak menyerlah pun masa jadi ahli parlimen Petaling Jaya. Patut mereka itu yang diberi gred D.


JIWA MERDEKA


Catat Ulasan

0 Ulasan