Teguran Datuk Seri Tiong King Sing berhubung tindakan tegas DBKL menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda menambah lagi siri kontroversi yang dicetuskannya sejak dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Isu itu semakin panas dengan pertikaman lidah secara terbuka antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh.
Walaupun DBKL mengambil tindakan yang betul mengikut bidang kuasanya, King Sing tetap tidak berpuas hati dan menganggap isu itu boleh menjejaskan kedatangan pelancongan asing ke negara ini khususnya dari China.
Apa masalah beliau sebenarnya sehingga selalu mencari pasal dengan orang lain? DBKL pun bukan di bawah kementeriannya, kenapa pula King Sing yang menyibuk?
Mungkin King Sing masih belum 'move on' dari fungsinya selaku 'tukang kong kali kong' semasa sebelum menjadi menteri dahulu.
Ketika itu, beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang lantang mengkritik agensi-agensi kerajaan di Parlimen jika ada perkara yang tidak berkenan di hatinya.
Sepatutnya, bila sudah menjadi menteri, King Sing berubah sikap dan bersikap selayaknya seperti seorang menteri.
Tetapi perangainya masih ditakuk lama lagi dan terus berkong kali kong seolah-olah beliau sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah.
Ada betulnya juga apabila Dr Akmal menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik orang lain untuk menggantikan King Sing.
Kalau tak boleh berperangi macam menteri, lebih baik beri jawatan itu kepada orang lain yang lebih layak dan lebih cekap menjalankan tugas tanpa mencetuskan kontroversi.
Lagipun PDP cuma ada dua kerusi sahaja di Parlimen, tak payahlah nak besar kepala sangat.
0 Ulasan