Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dengan tokoh lain yang lebih layak.
Beliau percaya, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer adalah lebih baik berbanding King Sing.
"Hey menteri, kau tu yang memalukan negara jadi menteri pun masih tidak boleh faham sensitiviti rakyat Malaysia dan berbahasa Melayu dengan baik. Level apa menteri ni???
"Saya mohon YAB PMX tukarlah menteri ni kepada orang yang jauh lebih layak,baik lagi ambil MP Jelutong jadi menteri pelancongan lah!!!" katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan King Sing semalam yang bertanya apa yang telah Dr Akmal lakukan untuk Melaka dan memintanya jangan terus mencetuskan isu perkauman.
King Sing turut mendakwa, kenyataan Dr Akmal yang mengkritiknya dianggap memalukan UMNO, boleh menimbulkan ketegangan sesama rakyat serta menjejaskan kestabilan politik dan pembangunan negara.
Dr Akmal juga mencabar King Sing untuk berdebat secara terbuka mengenai isu penguatkuasaan penggunaan bahasa papan tanda.
"Kamu yang keluarkan kenyataan yang berbaur perkauman lepas tu nak salahkan orang lain yang perkauman pula.
"Tuduh saya memalukan parti saya apabila lawan apa yang kamu katakan?" soalnya.
0 Ulasan