Tun M sedih tak terhingga Daim diherdik tanpa sebab di hujung hayatnya

 

Gambar: FB Mahathir Mohamad


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih tak terhingga atas pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini.

Beliau berasa demikian kerana kehilangan sahabat yang berjuang bersama-sama dengannya untuk bangsa, negara dan agama.

Dr Mahathir berkata, sepatutnya Daim disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. 

"Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab! Kerana dendam.

"Inikah balasan yang menimpa kerana dendam.

"Ya Allah. Adililah Daim berasas keadilan. Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa.

"Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, ya rabbal alamin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


JIWA MERDEKA


Catat Ulasan

0 Ulasan