Berikut adalah kenyataan Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir hari ini:
Saya terpanggil untuk membuat kenyataan bahawa sehingga kini pihak kami tidak henti-henti menerima aduan dari pencarum yang tercicir dan terdesak meminta pihak kami membawa suara desakan pencarum.
Walaupun pihak Kerajaan telah menawarkan satu inisiatif pemindahan dari akaun 2 & pengeluaran akaun fleksibel tetapi ianya hanya menyasarkan kepada pencarum yang masih mencarum dan mempunyai baki yang banyak di dalam akaun 2 dan bukan secara BERSASAR kepada pencarum yang mempunyai baki kurang RM10,000 atau langsung tidak mempunyai baki di dalam akaun 2!
Antara faktor penyebab pencarum yang TERCICIR & TERDESAK ini memerlukan pengeluaran dari akaun 1 antaranya:
1. Suri rumah yang memerlukan pengeluaran dari akaun 1 persaraan demi meringankan beban tanggungjawab suami atau suami yang terlantar mengidap penyakit kronik demi kelangsungan hidup keluarga mereka.
2. Ibu tunggal yang kehilangan suami atau ditinggalkan bekas suami tanpa mendapat pembelaan amat terdesak untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 mereka bagi menanggung sara hidup dan kos sara hidup anak-anak yang masih bersekolah dan yang masih kecil.
3. Pencarum yang kehilangan pekerjaan di usia pertengahan disebabkan syarikat tiada pilihan untuk memberhentikan mereka ini bagi mengurangkan kos syarikat dan sehingga kini pencarum sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan mereka bekerja apa sahaja demi kelangsungan hidup & kos sara hidup yang menekan beserta komitmen yang makin meningkat!.
4. Pencarum yang lama tidak mencarum kerana bekerja sendiri dengan berniaga kecil-kecilan yang memerlukan modal untuk pertingkatkan perniagaan mereka demi menampung dan meringankan segala komitmen yang ada demi kelangsungan hidup anak dan isteri.
5. Pencarum yang masih bekerja tetapi pendapatan tidak seimbang seperti sebelum pandemik dengan komitmen yang sedia ada menyukarkan kehidupan mereka dengan kos sara hidup yang tinggi di luar jangka.
Sehubungan dengan ini pihak kami menggesa dan merayu kepada pihak Kerajaan dan KWSP untuk meluluskan desakan pencarum TERCICIR & TERDESAK ini diberikan HAK SAMA RATA & KEADILAN yang SETIMPAL kerana mereka ini adalah AHLI KWSP yang SAH wajar mendapat HAK & KEADILAN SAMA RATA kerana itu wang simpanan titik peluh mereka dan bukan meminta dari kantung kerajaan.

0 Ulasan