Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendoakan agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat kembali ke rumahnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 6 Januari ini.
Beliau turut mengimbau kembali Najib menziarahinya tanpa diduga selepas kemalangan jatuh basikal pada 2013.
"Tahun 2018 sehari selepas rumah Najib di Jalan Duta diserbu PDRM bila BN tumbang saya menziarahi Najib di rumahnya.
"Semoga 6 Januari 2025 Najib kembali ke Jalan Duta walaupun “tahanan dalam rumah”. Amin," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan titah adendum.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan titah addendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.
Check out Jemeesen-Fast Acting Pain Relief Spray Soothes Muscle Joint Discomfort Targeted Relief for RM26.80 - RM129.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/6fRCBzlGmC
0 Ulasan