Pengampunan Anwar dahulu ada dibawa ke Lembaga Pengampunan? Akmal tanya Peguam Negara

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh meminta Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menjelaskan sama ada pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 dibawa ke Lembaga Pengampunan setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Beliau membangkitkan persoalan tersebut kerana Kabinet belum dibentuk lagi ketika itu.

"Rakyat mampu menilai," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dr Akmal mengulas kenyataan media Jabatan Peguam Negara hari ini berhubung isu pengampunan banduan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan  oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Peguam Negara berkata, permohonan pengampunan termasuk kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan itu memberitahu, keputusan Lembaga Pengampunan itu akan mengikut tatacara dan saluran sudah ditetapkan di bawah undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain.

"Kamar ini dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan bahawa semua permohonan mengenai pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.

"Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan termasuk Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumahnya, permohonan berkenaan perkara itu hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut tatacara dan saluran yang ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Dr Akmal menambah, kenyataan AGC itu adalah seperti yang dijangka.

"Allah Maha Berkuasa, kepada Allah kita berdoa agar keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Anwar diberi pengampunan diraja pada 16 Mei 2018 manakala Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dibentuk lima hari kemudian.


BACA LAGI





Check out Jemeesen-Fast Acting Pain Relief Spray Soothes Muscle  Joint Discomfort Targeted Relief for RM26.80 - RM129.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/6fRCBzlGmC 


Catat Ulasan

0 Ulasan