Hukuman sebat terbuka atau tertutup bukan hudud - Khairuddin

 


Berikut adalah hantaran Facebook Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini:

Mahkamah Syariah Terengganu pada 20 Nov 2024 menjatuhkan hukuman 6 kali sebatan dan denda RM4000 kepada seorang pesalah khalwat berulang menurut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022. Hukuman dilaksanakan secara terbuka semalam.

Sebelumnya dia telah dihukum 4 kali sebatan yang dilaksanakan secara tertutup dan denda RM3000 kerana kesalahan khalwat kali kedua. Sebelumnya lagi pada 11 Julai 2023 dia dijatuhkan hukuman denda RM2700 kerana khalwat kali pertama tanpa sebatan.

Semua hukuman sebat sama ada terbuka atau tertutup dan denda ini bukanlah hukum hudud dan juga bukannya hukum Islam tetapi hukuman ciptaan manusia bagi kesalahan syariah yang diberi keluasan oleh Islam untuk pemerintah menggubal undang-undang dan berijtihad. 

Demikianlah keluasan Islam membuka ruang ijtihad yang sangat luas dalam menggubal undang-undang melibatkan kesalahan syariah.

Adapun tindakan Mahkamah Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman menurut enakmen negeri adalah syiar terhadap kesalahan syariah yang perlu dikenakan hukuman agar menjadi pengajaran pada orang Islam yang lain. Ia bukannya syiar pada kadar hukuman tetapi syiar pada kesalahan syariah iaitu khalwat.


BACA LAGI





Check out Jemeesen-Fast Acting Pain Relief Spray Soothes Muscle  Joint Discomfort Targeted Relief for RM26.80 - RM129.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/6fRCBzlGmC 




Catat Ulasan

0 Ulasan