PAS ambil tanggungjawab atas keterlanjuran ahlinya - Abdul Hadi

 


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengambil tanggungjawab atas keterlanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda. 

Walau bagaimanapun, menurut beliau, PAS tetap beristiqamah bersama aqidah perjuangannya dan percaya kepada keampunan Allah dan pahala bertaubat.

Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, perkara tersebut tidak terdapat dalam perjuangan yang lain selain daripada perjuangan Islam.

"Percayalah bahawa sumbangan kita bersama Islam dalam semua perkara adalah jihad," katanya dalam kenyataan hari ini.

PAS dilaporkan telah melancarkan kutipan derma bagi membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad menjelaskan saman terhadap pemimpin-pemimpin DAP.

Abdul Hadi turut berkongsi kisah di mana apabila Khalid bin al-Walid RA melakukan kesalahan membunuh tawanan perang daripada kalangan Bani Juzaimah termasuklah merosakkan hartanya, maka Rasulullah SAW mengambil tanggungjawab supaya jemaah mengambil kewajipan membayar diat kepada mangsa, walaupun ketika itu masih belum ada Mahkamah Antarabangsa. 

"Kejadian ini bukan bermakna Islam membenarkan perjuangan jahiliah, tetapi mengaku salah kerana kesilapan melampau ahlinya. Namun, Islam tetap menolak perjuangan yang sesat. 

"Janganlah didengari syaitan yang bersuara, khususnya kalangan yang berwala’ kepada DAP kerana akan merosakkan wajah Islam laksana kera merosakkan bunga yang cantik," jelasnya.




Check out Jemeesen-Fast Acting Pain Relief Spray Soothes Muscle  Joint Discomfort Targeted Relief for RM26.80 - RM129.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/6fRCBzlGmC 

Catat Ulasan

0 Ulasan