Berikut adalah hantaran Facebook Lim Sian See hari ini:
Guan Eng bukanlah sentiasa berjaya dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
Pada tahun 2015, beliau telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar pampasan sebanyak RM500,000 sebab gelar seorang ADUN UMNO sebagai nenek rasis.
Kemudian, pada tahun 2023, beliau sekali lagi diperintahkan untuk membayar RM320,000 sebab memfitnah seorang Ahli Parlimen UMNO terlibat dalam skandal terowong.
Malah, pada tahun 2017, peluang saya untuk menang kes saman fitnah terhadap Guan Eng adalah hampir pasti.
Namun, dia meminta penyelesaian secara damai dengan alasan bahawa meneruskan kes ini tidak adil kepadanya kerana dia perlu memberi tumpuan kepada kempen PRU14.
Saya bersetuju dengan syarat bahawa hanya saya yang berhak mengeluarkan kenyataan berhubung penyelesaian kes tersebut, manakala dia tidak boleh.
Isu ini timbul sebab Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu saman saya kononnya saya telah memfitnahnya dan menafikan pernah membuat kenyataan yang dipertikaikan.
Dia pernah kata orang miskin Pulau Pinang akan dalam kesusahan sebab program i-Sejahtera akan terkesan setelah dia didakwa bawah kes Banglo.
Tapi dia nafi dia pernah kata demikian.
Sebagai respons, saya telah mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman video di mana beliau sendiri membuat kenyataan tersebut, serta artikel dari portal rasmi parti mereka, Roket, yang turut mengesahkan perkara itu.
Lalu, saya beri tempoh 30 hari kepada Guan Eng sama ada untuk memohon maaf kepada saya atau saman saya atas dakwaannya bahawa saya telah memfitnah beliau.
Namun, setelah tempoh tersebut berlalu tanpa sebarang respon, saya pun failkan saman fitnah terhadapnya.
0 Ulasan