Selepas dibantah petugas kesihatan, kerajaan batal pelaksanaan WBB

 


Kabinet membuat keputusan untuk membatalkan projek rintis Waktu-waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang melibatkan petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet semalam setelah mengambil kira segala pertimbangan.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan seterusnya akan menjalankan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh di bawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abu Bakar Suleiman.

"Terma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.

"Kementerian Kesihatan akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan media semalam.

Sebelum ini, ura-ura kerajaan untuk melaksanakan WBB dibantah oleh sebahagian besar petugas kesihatan yang berkhidmat di hospital kerajaan.


BACA LAGI



Check out Oral Probiotic Chewable Tablets Improve Mouth Disease Throat Discomfort Gum Disease Bad Breath Oral Care Treatment Supplement for RM39.38 - RM97.90. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/60CE3nPyZn?share_channel_code=1 





Catat Ulasan

0 Ulasan