Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinobatkan sebagai 'Ikon Rasuah Muda' pada Himpunan Rakyat Benci Rasuah di Kuala Lumpur, semalam.
'Anugerah' itu tertera pada salah satu poster yang dipaparkan oleh seorang peserta perhimpunan tersebut.
Bekas Presiden MUDA itu akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyifatkan tindakan Syed Saddiq menyimpan dan membahagikan wang Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat parti, menimbulkan satu inferens niat jahat.
Atas dasar itu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan dijatuhkan atas empat kes tersebut.
Beliau berkata demikian dalam alasan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman, selepas setahun sabitan dan hukuman dijatuhkan terhadap bekas Ketua Armada itu.
Check out Semburan Aura Jamrah Afya Bidara | 150ml | Pewangi Rumah | Pelaris | Pendinding for RM30.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/40RBRCKa60?share_channel_code=1 |
0 Ulasan