Abdul Hadi tak kejar jawatan PM

 


Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman menyatakan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah mengejar jawatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi supaya rajin membuat kajian.

"Yang pertama kemukakan cadangan ‘Kerajaan Teknokrat’ adalah Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) sendiri, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, ketika Malaysia berdepan ‘Kerajaan Kleptokrasi’.

"Saya sekadar ‘recycle’ cadangan TGHH dahulu, ketika Malaysia berdepan ‘Kerajaan Kakistokrasi’ hari ini. 

"Malah untuk rekod, ketika polemik jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2020, TGHH menjawab soalan wartawan, “Saya balik jadi nelayan pun takpe”. Jawapan ikhlas dari hati," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najwan yang mempersoalkan cadangan Syahir melantik teknokrat sebagai Perdana Menteri, didakwa menggambarkan ketidakyakinan terhadap Abdul Hadi.

Syahir menambah, sikap Abdul Hadi itu jauh berbeza dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pokoknya, PMX telah merendahkan ‘standard’ seorang  Perdana Menteri (lowered the bar) - bercakap kosong, berjanji manis, hasilnya tiada.

"Itu premis utama saya. Sila datangkan hujah jika saudara Najwan berpandangan sebaliknya," katanya.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan